Monday, August 6, 2012

Travelling :')


Kata-kata Imam Syafie:


"Tiadalah menetap bagi yang berakal dan punyai cita-cita
dengan santai, maka tinggalkanlah watan dan berkelanalah"


"Pergilah, kau kan ketemui ganti kepada apa yang kau tinggalkan
Lelah dahulu kerana kenikmatan hidup itu setelah kelelahan"


"Aku melihat air yang tenang pastikan keruh
Sekiranya mengalir eloklah ia, jika tidak pasti sebaliknya"


"Sang singa kalaulah tidak meninggalkan sarang pasti tidak membaham
Anak panah kalau dibiarkan pasti tidak mengena sasarannya"


"Mentari kalau tidak berganjak kedudukannya
Bosanlah manusia sama ada Arab mahupun lainnya"


"Galian itu hanyalah tanah biasa jika tidak digali
Begitu juga setanggi, ia hanyalah sejenis kayu"


"Sekiranya ia diasingkan dari kelompoknya, bagaikan emas
Sekiranya dimanfaatkan, tinggi permintaannya"

No comments:

Post a Comment